Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera
Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera

Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera

Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera (Bahasa Indonesia: Warisan Hutan Hujan Tropis Sumatra) ialah sebuah kawasan hutan hujan tropika simpan di pulau Sumatera, Indonesia yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh badan antarabangsa, UNESCO. Kawasan ini merupakan habitat beberapa spesies terancam seperti harimau Sumatera, orang utan Sumatera, gajah Sumatera, dan badak Sumatera (badak sumbu Kerbau). Tempat ini juga tempat berbagai jenis tumbuhan endemik seperti periuk kera, Rafflesia arnoldi (bunga terbesar dunia), dan bunga bangkai (Amorphophallus titanum), juga bunga tertinggi dunia.Keluasan kawasan hutan simpan ini ialah kira-kira 2.5 juta hektar, dan terdiri daripada tiga buah taman negara di Sumatera, iaitu Taman Nasional Gunung Leuser, Taman Nasional Kerinci Seblat, dan Taman Nasional Bukit Barisan Selatan. Selain memiliki kepelbagaian biologi yang tinggi, hutan hujan tropika Sumatera juga merupakan sumber mata pencarian bagi masyarakat yang tinggal di sana. Beberapa suku tinggal di kawasan ini seperti suku Mentawai dan suku Anak Dalam.

Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera

Termasuklah
Koordinat 02°30′S 101°30′E / 2.500°S 101.500°E / -2.500; 101.500Koordinat: 02°30′S 101°30′E / 2.500°S 101.500°E / -2.500; 101.500
Kriteria (vii), (ix), significant natural habitats for in-situ conservation of biological diversity [1]
Inskripsi 2004 (sesi ke-28)
Dalam bahaya 2011 
Lokasi Sumatera, Indonesia
Kawasan 2,595,124 he (6,412,690 ekar)
Rujukan 1167